Jom pi Masjid

Borang Qariah

Menghafal Al-Quran

Senarai Qariah

You are here:   HomeDari AkhbarPenduduk Harap Masjid Baru

Masjid Nurul Iman Rawang

Oleh ROSLAH OTHMAN
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kesan air meleleh jelas kelihatan yang berpunca daripada keretakan struktur yang menyebabkan bumbung masjid bocor.

 

RAWANG 28 Julai – Masjid Nurul Iman memang banyak jasanya kepada masyarakat di pusat bandar Rawang.

Kini berusia 40 tahun, rumah Allah itu menerima semakin banyak hadirin walaupun dalam keadaan usang dan mengalami banyak kerosakan.

Keadaannya yang telah dimamah usia itu menyebabkan pentadbir masjid berkenaan resah dan mengharapkan sesuatu dilakukan terhadap bangunan itu.

Mereka merayu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kerajaan negeri membina sebuah masjid baru, atau setidak-tidaknya memperbaiki dan menaik tarafnya dengan segera.

Tinjauan Utusan Malaysia ke masjid itu mendapati dindingnya retak dan bumbung serta siling bocor di sana-sini, yang menyebabkan pentadbir masjid khuatir keadaan itu mendedahkan para jemaah kepada bahaya.

Masjid yang terletak kurang 100 meter dari pusat bandar Rawang itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan tetapi juga bagi mereka yang melalui kawasan itu.

Kebocoran bumbung di ruang utama menyebabkan jemaah terganggu ketika mendirikan solat apabila air menitis menerusi siling.

Ahli jawatankuasa pentadbir masjid berkata, jika keadaan itu berterusan, dikhuatiri masjid itu tidak mampu menampung jemaah pada Ramadan yang bakal disambut minggu depan, apatah lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Nazir Masjid, Ilham Akhbar Harun, 41, berkata, permohonan menaik taraf masjid telah beberapa kali dikemukakan sebelum ini dan sudah sampai kepada pengetahuan Pengerusi Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Namun sehingga ke hari ini tiada sebarang maklum balas diterima.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf perlu dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada para jemaah dan memudahkan kegiatan dakwah dijalankan.

“Sekiranya masjid baru dibina ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah jalan susur keluar dari arah Bandar Baru Rawang berhampiran pasar raya Mydin yang sehingga kini masih ditutup,” ujarnya.

Pandangan itu dikongsi setiausaha masjid, Sulaiman Abu Samah, 40 yang turut melahirkan rasa kecewa apabila permohonan mereka sebelum ini seolah-olah tidak diendahkan pihak bertanggungjawab sedangkan beberapa daerah berhampiran sudah mendapat masjid baru.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak pada Februari lalu telah datang untuk melakukan pemeriksaan dan difahamkan masjid berkenaan layak untuk dinaik taraf, tetapi sehingga ke hari ini tiada makluman lanjut diterima mereka.

Bendahari masjid, Zahariman Abdul Ghani, 59, berkata, struktur masjid itu sudah terlalu uzur dan dia percaya keadaannya mendedahkan pengguna kepada bahaya.

Katanya, walaupun dalam keadaan serba daif, masjid itu antara yang paling aktif menjalankan pelbagai kegiatan.

Pelawat

998498
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Sejak April 2010
58
109
167
905724
9685
12406
998498
Your IP: 54.197.185.157
Server Time: 2017-02-21 07:35:38

Multimedia Pilihan

2013-01-24 Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.